Macam mana Nak Tahu Rambut Rosak atau Tak

Salam semua.


Dapat info ni daripada Thomas Taw, pereka rambut terkenal London. (yang buat shampoo sunsilk untuk rambut rosak tu, packaging kaler oren).



1 - Bagaimana ingin mengetahui rambut anda sihat atau tidak?
Rambut tidak lagi berkilauan, kering, kusut, bercabang dan sukar diurus.
Tips : Letakkan helaian rambut di dalam bekas kaca yang berisi air. Sekiranya rambut tersebut terapung, bermakna rambut anda sihat, manakala jika tenggelam hingga ke dasar bekas kaca, ini bermakna rambut anda memerlukan rawatan segera.


2 - Punca sebenar rambut mudah rosak.
Terbahagi kepada 2 iaitu mekanikal dan larutan kimia.
---> kerap menggunakan alat pengering rambut dan alat meluruskan rambut.
---> penggunaan pewarna rambut yang mempunyai bahan kimia berlebihan boleh mengakibatkan rambut mudah gugur. Dalam pada itu, bahan kimia yang digunakan untuk membuat fesyen rambut kerinting merupakan salah satu puncanya.


3 -  Apakah jalan penyelesaian mudah dan praktikal untuk mengatasi masalah rambut rosak?
Pemilihan shampoo yang sesuai dan mengamalkan petua serta teknik yang betul.


4 - Tip mudah penjagaan rambut.
---> Anda yang mempunyai kulit kepala berminyak tidak disarankan kerap mencuci rambut dengan syampu. Tidak salah untuk mencuci rambut setiap hari tetapi harus dipastikan syampu yang digunakan mesti seimbang dari segi pH.
---> Pelembab rambut merupakan bahan yang paling diperlukan. Ini kerana ia mempunyai nutrisi yang boleh menutupi rambut.
---> Diet seimbang turut memberi kelebihan kepada rambut iaitu lebih kelihatan segar dan sihat.
---> Tidak perlu tukar sebarang produk lain sekiranya syampu dan pelembabnya sudah sesuai dengan rambut anda.
---> Pilih pendandan rambut yang boleh memberikan jawapan tepat berhubung penjagaan rambut.

0 comment/s:

 

Template by BloggerCandy.com